Sudut bacaan di tempat awam bakal diwujudkan - Utusan Malaysia

Sudut bacaan di tempat awam bakal diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Kementerian Pendidikan merancang mewujudkan sudut bacaan di tempat awam seperti di stesen minyak dan restoran makanan segera di negara ini bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, perbincangan dengan pemilik stesen minyak dan rangkaian restoran makanan segera akan dilakukan, namun ia masih di peringkat perancangan lagi.

Kata beliau, ia juga sebagai usaha pihak kementerian untuk menyokong kempen menjadikan Malaysia Negara Membaca menjelang tahun 2030.

“Orang ramai akan dapat memanfaatkan hentian rehat mereka di stesen-stesen minyak dan restoran makan segera ini, pengguna turut boleh memanfaatkan masa tersebut dengan membaca sekiranya sudut bacaan ini diwujudkan. 

“Apa yang penting kita hendak menggalakkan dan menyemarakkan budaya membaca ini.

Mungkin buat permulaan ini, restoran-restoran makanan segera di bawah Johor Corporation (JCorp) di Simpang Renggam ini boleh mulakan dahulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×