ALOR SETAR – Suasana sedih dan pilu menyelubungi pekarangan rumah keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim apabila jenazah anggota bomba itu tiba di rumah tersebut di Kampung Tebengau Tepi Laut di sini kira-kira pukul 10.55 pagi tadi. Kira-kira 500 penduduk kampung dan saudara-mara hadir menyambut ketibaan jenazah Muhammad Adib, 24. Terdahulu, jenazah tiba di Sekolah Kebangsaan Tebengau dengan helikopter pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kira-kira pukul 10.30 pagi…









