Status Pulau Kukup perlu dikekalkan  - Utusan Malaysia

Status Pulau Kukup perlu dikekalkan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kabinet berpandangan bahawa status Pulau Kukup di Pontian, Johor yang juga merupakan sebagai Taman Negara Johor perlu dikekalkan.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, jemaah menteri yang bermesyuarat semalam berpendapat kawasan tersebut perlu terus dikekalkan sebagai pulau paya bakau tidak berpenghuni kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan negeri Johor.

Katanya, Pulau Kukup juga telah diisytiharkan sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar dan mempunyai ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui.

“Kawasan yang diancam kepupusan merupakan khazanah biodiversiti yang tidak ternilai kepada negara terutamanya kepada negeri Johor.

“Ia juga telah dikenal pasti sebagai kawasan persinggahan migrasi burung, tempat pembiakan dan perlindungan hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau selain menjadi sumber perikanan dan akuakultur negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beberapa akhbar tempatan kelmarin melaporkan, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Usul yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Senggarang, Ir. Khairuddin A. Rahim (Pakatan Harapan) diluluskan oleh Speaker DUN, Suhaizan Kaiat selepas dibahaskan dan mendapat sokongan majoriti ADUN.

Dalam pada itu, menurut Xavier, pertukaran status kawasan itu boleh memberi kesan kepada pengiktirafannya sebagai kawasan berkepentingan antarabangsa yang telah diterima dan menjejaskan reputasi negara dalam memulihara biodiversiti. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN