PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan semua anggota pentadbiran kerajaan tentang kepentingan mempunyai sistem yang tersusun bagi memastikan kejayaan melaksanakan tadbir urus negara yang baik. Perdana Menteri berkata, keperluan memiliki sistem yang teratur tidak hanya terhad kepada menteri dan timbalan menteri sahaja sebaliknya harus diteliti oleh semua pihak termasuk golongan penjawat awam. “Saya tekankan keperluan agar kerajaan menjadi lebih tersusun dan bukan untuk menteri-menteri sahaja. “Kita perlu ada sistem…










