Sistem bekalan air bersih Yemen kritikal - Utusan Malaysia

Sistem bekalan air bersih Yemen kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA 3 Dis. – Pihak berkuasa di ibu kota Yemen di sini terpaksa menjalankan proses penyulingan bekalan air di semua telaga, rangkaian penga­liran dan rumah sebagai usaha mengekang penularan wabak taun terburuk dunia.

Kira-kira 1.2 juta penduduk Yemen diserang wabak taun dengan 2,515 kematian dilaporkan sejak empat tahun lalu selepas berlakunya perang antara tentera pakatan diketuai Arab Saudi dan kumpulan pembe­rontak Houthi yang menjejaskan sistem bekalan air bersih.

Pada Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan orang ramai bahawa wabak taun menular de­ngan pantas apabila 10,000 kes dilaporkan pada setiap minggu, menggandakan purata kematian lapan bulan pertama tahun ini.

Kebanyakan kes dilaporkan berlaku di kawasan yang dikuasai pemberontak selepas mereka menumbangkan kerajaan pada 2014.

Menteri Air Houthi, Nabeel Abdullan al-Wazeer memberitahu, selepas mendapat laporan daripada Kementerian Kesihatan, pihak penguat kuasa me­lancarkan gerakan menyuling air di semua rumah di kawasan berkenaan dan 20 rumah di kawasan berhampiran.

“Mereka turut menyuling air tangki yang menyalurkan air ke sektor persendirian dan pada masa yang sama mengagihkan bekalan yang secukupnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Hal Ehwal Teknikal di loji pembersihan utama air dekat sini, Adel Moawada pula berkata, setakat ini sebanyak 20 unit klorin automatik telah dipasang di dalam telaga yang akan menghubungkan rangkaian pengaliran air bandar raya itu secara terus.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mendedahkan kira-kira 14 juta orang atau separuh daripada jumlah penduduk Yemen akan berdepan dengan masalah ke­buluran manakala 1.8 juta kanak-kanak pula dilaporkan kekurangan gizi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN