KUALA LUMPUR 3 Dis. – Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui tidak puas beraksi ketika diturunkan menentang Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas. Pemain PKNP FC yang dipinjamkan ke kelab liga utama Thailand, Narkhon Ratchasima FC itu, berkata tempoh aksi singkat diberikan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyukarkannya memberi impak dalam perlawanan tersebut. Muhammad Shahrel atau lebih dikenali…










