Serangan seksual: Lelaki India dihukum penjara sembilan tahun - Utusan Malaysia

Serangan seksual: Lelaki India dihukum penjara sembilan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 14 Dis. – Seorang lelaki warga India dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Amerika Syarikat atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita ketika dalam penerbangan menaiki pesawat Spirit Airlines.

Washington Post melaporkan, dalam penerbangan dari Las Vegas ke Detroit itu, Prabhu Ramamoorthy, 34, dikatakan duduk di antara mangsa dan isterinya.

Bagaimanapun mangsa dikatakan tertidur sebaik menaiki pesawat berkenaan. Apabila terjaga daripada tidur, dia mendapati butang baju dan seluarnya terbuka sementara tangan lelaki itu menyentuh bahagian sulit wanita itu.

Dalam rayuannya, Prabu yang tinggal di Amerika Syarikat menggunakan visa sementara itu berkata, kejadian itu berlaku di luar pengetahuan kerana dia juga tertidur sebaik menaiki pesawat itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN