Segera dakwa pembunuh Adib - MB Selangor - Utusan Malaysia

Segera dakwa pembunuh Adib – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Dis. – Pembunuh anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, perlu segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum dengan sekeras-kerasnya di atas jenayah tidak berperikemanusiaan itu.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, beliau yakin pihak polis dan Jabatan Peguam Negara mampu menyempurnakan siasatan terhadap kes tersebut dan seterusnya membawa pihak yang bertanggungjawab.

“Saya berharap penjenayah terbabit akan segera dibawa ke muka pengadilan dan dihukum sekeras-kerasnya atas tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini.

“Semoga roh Allahyarham Muhammad Adib dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan solihin, al-Fatihah,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Muhammad Adib parah dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lalu dan terpaksa mendapat rawatan rapi di Institut Jantung Negara (IJN) tetapi akhirnya meninggal kira-kira 9.41 malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN