Saksi kemalangan maut dicari - Utusan Malaysia

Saksi kemalangan maut dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Polis meminta saksi kemalangan maut langgar lari seorang lelaki bertaraf pemastautin tetap di Lebuh Sultan Mohamed 1 dekat sini, Selasa lalu, tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Suyanto Mat Yadi, 62, disahkan telah meninggal dunia semalam akibat parah di kepala selepas tiga hari menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, (HTAR) di sini.

Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Klang Utara, Asisten Superintenden Mohammad Irwani Nooruldin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berasal dari Indonesia itu dilanggar ketika menunggang motosikal.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah di hantar ke HTAR untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanpun, mangsa telah disahkan meninggal dunia pukul 9.20 pagi tadi selepas menerima rawatan selama tiga hari di HTAR,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa kini ditempatkan di Unit Forensik HTAR dan sehingga kini belum ada waris datang menuntutnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Abdul Azim Mazlan di talian 016-7086 161.

Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN