KUALA LUMPUR – Seramai tujuh individu tampil bagi membantu siasatan polis berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 dan 28 November lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tujuh individu itu merupakan antara 66 saksi yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Isnin lepas. Berhubung tangkapan pula, Fuzi menegaskan seramai empat suspek baharu diberkas. “Jumlah tangkapan keseluruhan meningkat kepada 106…










