MIRI 12 Dis. – Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM28,548 apabila ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kes terbaru Macau Scam. Mustafa Kamal Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Lim’ semalam. “Mangsa diberitahu waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah ke atas…










