WASHINGTON 4 Dis. – Kumpulan Dasar dan Undang-undang Hak Asasi Manusia (PILPG) menggesa satu tribunal jenayah ditubuhkan bagi mengheret mereka yang bersalah dalam isu kekejaman terhadap etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine, Myanmar ke muka pengadilan. Menurut laporan PILPG sebelum ini, terdapat bukti kukuh yang mengaitkan isu kekejaman terhadap Rohingya dengan tentera Myanmar. Laporan tersebut dikeluarkan berdasarkan temu bual bersama 1,000 orang pelarian Rohingya di Bangladesh. PILPG diarahkan Jabatan Negara…










