Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam sesi awal hari ini susulan kemunculan minat baharu pembelian menurut peniaga.

Pada pukul 9 pagi, ringgit didagangkan pada  4.1770/1810 berbanding dolar daripada 4.1790/1830 pada penutupan Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, dagangan dalam pasaran ekuiti AS lemah yang seterusnya menjejaskan sentimen selain harga minyak yang rendah.

“Walaupun prestasi pertumbuhan dunia yang lemah dan menjejaskan pasaran ekuiti tempatan, namun pasaran mata wang mengalami peningkatan selain tarikan ke atas bon yang kini memasuki pasaran pesat membangun.

“Ringgit masih menarik kepada pelabur ekoran ekonomi yang rancak disokong oleh eksport minyak.” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menyusut kepada 3.0436/0469 berbanding dolar Singapura daripada 3.0388/0440 pada Isnin dan rendah kepada 3.7047/7089 berbanding yen Jepun daripada 3.6865/6910.

Unit tempatan rendah berbanding pound British kepada  5.2689/2743 daripada 5.2651/2714 dan rendah berbanding euro kepada 4.7388/7450  daripada 4.7340/7393. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×