NEW DELHI 18 Dis.- Sekurang-kurangnya seorang terkorban manakala ribuan lagi diarahkan berpindah apabila ribut Phethai melanda Pantai Timur India sejak semalam. AFP melaporkan, ribut yang membawa tiupan angin sehingga 90 kilometer sejam itu telah mengakibatkan ribuan pokok dan pencawang elektrik tumbang. Beberapa insiden tanah runtuh di daerah Andhra Pradesh yang diakibatkan oleh hujan lebat turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam pada itu, pihak berkuasa tempatan dalam kenyataan memaklumkan…










