DOHA 3 Dis. – Qatar mengumumkan akan menarik diri daripada menjadi anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bagi memberi fokus sepenuhnya kepada penghasilan gas.
“Qatar memutuskan untuk menarik diri daripada OPEC berkuat kuasa bulan hadapan,” kata Menteri Tenaga, Saad al-Kaabi hari ini.
Tambah Saad, Qatar akan terus menghasilkan minyak tetapi lebih fokus kepada pengeluaran gas.
“Kami tidak berpotensi besar dalam gas, kami sangat realistik. Potensi kami adalah gas,” katanya. – AFP










