KOTA BHARU 3 Nov. – Bacaan surah Al Fatihah dan doa berbunyi ‘Ya Allah, Ya Tuhanku, mohon permudahkan dan selamatkan persembahan ku ini’ merupakan perkara pertama diamalkan tok dalang cilik, Aqfierudzar Rizq Mohd. Sulhie, 4, atau Pyu sebelum memulakan setiap persembahan wayang kulitnya. Amalan Pyu secara tidak langsung mengubah stigma negatif masyarakat yang sering mengaitkan unsur khurafat seperti jampi serapah sebelum seseorang tok dalang memulakan persembahan wayang kulit sehingga bercanggah…










