Punca utama MCA tidak puas hati - Utusan Malaysia

Punca utama MCA tidak puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Amalan ketuanan, sering membuat keputusan dan kenyataan sendiri dalam kalangan pemimpin UMNO menjadi punca MCA tidak berpuas hati untuk terus berada dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, tidak timbul sebarang masalah terhadap cadangan membubarkan BN semalam kerana gabungan tersebut bukan lagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa.

“Cadangan untuk membubarkan BN memang syor datangnya daripada MCA, kalau UMNO kata MCA tiada hak, begitu juga mereka. Sekarang BN tidak lagi menjadi kerajaan, jadi tindakan setiap parti akan mengikut naluri dan kehendak penyokong masing-masing.

“Keputusan mereka buat selalunya seperti tiada BN, masalah UMNO adalah ketuanan, itu yang membuatkan rakyat tidak sokong BN. Sebab kalau salah, salah UMNO, bukan BN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik media Dewan Negara, hari ini.

Semalam, MCA mencadangkan dalam perhimpunan agung parti itu supaya BN dibubarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×