ISNIN lalu pasti ramai pendeposit Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berhubung defisit sebanyak RM4.1 bilion yang dihadapi oleh institusi umat Islam itu. Laporan kewangan pada 2017 menunjukkan jumlah aset keseluruhan Tabung Haji adalah RM70.3 bilion manakala liabilitinya berjumlah RM74.4 bilion. Sekali pandang, jumlah itu sudah cukup menggambarkan ketidakmampuan Tabung Haji untuk membuat bayaran kepada…