PSG nafi akan jual Neymar, Mbappe - Utusan Malaysia

PSG nafi akan jual Neymar, Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Paris Saint-Germain (PSG) mengkritik satu laporan dalam akhbar di Perancis yang mengatakan juara Ligue 1 itu bakal menjual penyerang Brazil, Neymar atau bintang muda mereka, Kylian Mbappe bagi mematuhi peraturan dana kewangan dalam pembelian pemain.

Akhbar L’Equipe melaporkan Jumaat lalu bahawa kelab tersebut mungkin terpaksa menjual salah seorang pemain bintang mereka itu.

“Kelab ini menafikan tuduhan tidak berasas ini yang bertujuan mencetuskan ketegangan terhadap keharmonian dalam kelab ini.

“PSG sekali lagi mempersoalkan niat sebenar akhbar L’Equipe dan motif yang tersembunyi daripada pihak pengarang mereka,” kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan semalam.

Neymar menyertai kelab juara Perancis itu dengan rekod dunia £200 juta (RM1.06 bilion) dari Barcelona pada 2017, manakala Mbappe pula menjadi pemain kedua termahal dunia selepas tiba dari Monaco dengan harga £166 juta (RM880 juta) selepas dipinjamkan selama setahun di Parc des Princes.

Penafian PSG mengenai laporan ini timbul selepas terdapat khabar angin bahawa mereka akan membuat satu lagi pembelian pemain dengan harga yang tinggi.

Khabar angin itu menyatakan bahawa PSG telah membayar harga sebanyak €75 juta (RM355.9 juta) untuk mendapatkan perancang Ajax, Frenkie de Jong. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN