LONDON 3 Dis. – Mauricio Pochettino menegaskan, dia cuba bertenang selepas pengurus Tottenham itu turut terbabit dalam pertelingkahan dengan pemain daripada kedua-dua pasukan sewaktu skuad bimbingannya tewas 2-4 di tangan Arsenal, semalam. Pertembungan derby dua kelab London utara itu disulami dengan aksi tegang ketika babak pertama di Stadium Emirates, selepas pemain Tottenham, Eric Dier meraikan jaringan penyamaannya dengan cara provokasi. Sebelum itu, penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang meledakkan gol pendahuluan…










