Polis temui semula cincin lamaran, cari pasangan kekasih - Utusan Malaysia

Polis temui semula cincin lamaran, cari pasangan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Jabatan Polis New York (NYPD) sedang mencari seorang lelaki yang melamar kekasihnya di Times Square di sini, Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar Amerika Syarikat kelmarin.

“Wanita itu nyatakan setuju tetapi lelaki itu terlalu girang sehinggakan terlepas cincin itu yang jatuh ke dalam pembetung,” kata seorang jurucakap NYPD melalui Twitter.

Video kejadian itu menunjukkan lelaki tersebut meniarap untuk cuba mendapatkan kembali cincin berkenaan tetapi gagal.

Pasangan itu kemudian menceritakan kejadian tersebut kepada seorang anggota polis berhampiran sebelum pasukan Perkhidmatan Kecemasan NYPD tiba untuk membuka besi penghadang tetapi masih gagal menemuinya.

Selepas menunggu beberapa jam, pasangan itu kemudian pulang dalam keadaan hampa. Polis bagaimanapun meneruskan pencarian dan menemui cincin tersebut pada 10.30 pagi (waktu tempatan), kelmarin dan kini mencari pasangan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN