OUGADOUGOU 3 Dis. – Polis menembak mati enam pengganas ketika rondaan keselamatan di sini hari ini. Menurut sumber keselamatan, seorang pegawainya juga cedera dalam insiden yang berlaku di Bougui terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari Fada N’Gourma. “Pasukan rondaan briged polis tentera wilayah Fada N’Gourma diserang hendap di Kampung Bougui. “Pengganas melepaskan tembakan terhadap konvoi pasukan itu yang merosakkan kenderaan hadapan,” katanya. Mengulas lanjut, katanya, polis tentera itu kemudian membalas…










