KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil penganjur himpunan kesyukuran menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bagi membantu siasatan. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas polis mendapati terdapat segelintir peserta membawa kanak-kanak ketika perhimpunan berkenaan dilaksanakan. “Kita akan memanggil pihak penganjur dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung tindakan peserta membawa kanak-kanak ketika perhimpunan dilakukan. “Sebelum ini, kita telah memberi…










