Polis mula siasat Ganabatirau - Utusan Malaysia

Polis mula siasat Ganabatirau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 3 Dis. – Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau disiasat pihak polis petang tadi berhubung kenyataannya mengenai insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin Selangor itu diambil keterangan oleh beberapa pegawai polis di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bermula pukul 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas lanjut.

“Keterangan diambil petang tadi dan kes masih lagi dalam siasatan,” katanya kepada Utusan Online, di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN