Polis kesan lelaki persoal Perkara 153 - Utusan Malaysia

Polis kesan lelaki persoal Perkara 153

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang mengesan seorang individu bagi membantu siasatan polis berhubung penularan sebuah video berdurasi empat minit 50 saat pada 22 November lalu dan meminta orang ramai untuk membantu sekiranya mempunyai maklumat akan lelaki berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Video tersebut dimuat naik di laman sosial Facebook.

“Jadi, kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan untuk menghubungi pegawai penyiasat dari Bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5), JSJ Bukit Aman, Inspektor Mohd. Nasir Abu Hasan di talian 03-2266 6071 atau 013-773 6813 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Menerusi video yang tular itu, lelaki berkenaan dilihat mempersoalkan kewujudan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Apa salahnya kalau Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu, Cina dan India?,” antara yang dikatakan lelaki tersebut dalam rakaman video berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×