Polis Johor rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 - Utusan Malaysia

Polis Johor rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Kontinjen Johor berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM601,650 dalam dua serbuan berasing di Taman Perling serta Ulu Tiram di sini pada Selasa dan Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruddin Md. Din berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 7.30 petang itu, sepasukan anggota MPV Johor Bahru Selatan berjaya mengesan sebuah Honda Accord di Taman Perling di sini dalam keadaan mencurigakan.
 
“Selepas melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang dinaiki seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun  dan seorang warga Indonesia berumur 58 tahun polis berjaya menemui 5.121 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 9,970 biji pil ekstasi bernilai RM505,650.
 
“Dalam serbuan kedua pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu pula, kita menahan seorang wanita berusia 27 tahun di kawasan Ulu Tiram yang mana dia menaiki kereta Perodua Myvi,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
 
Mohd. Kamaluddin berkata, selepas melakukan pemeriksaan pihaknya menjumpai dadah jenis heroin seberat 5.458kg bernilai RM96,000.
 
Jelasnya, kesemua suspek yang ditahan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×