SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, V. Ganabatirau bagi membantu siasatan berhubung kenyataan kontroversi mengenai rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini. Tiga pegawai polis dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilihat memasuki pejabat Ganabatirau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan…










