PKR umum lima lagi pengerusi negeri - Utusan Malaysia

PKR umum lima lagi pengerusi negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Dis. – PKR mengumumkan lima lagi lantikan baharu baharu Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, dalam kenyataan berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi rundingan bersama ketua-ketua cabang PKR dan bersetuju melantik pengerusi-pengerusi MPN Johor, Terengganu, Perlis, Selangor dan Kelantan.

Semalam, parti itu telah mengumumkan enam pengerusi MPN iaitu Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak (Perak); Amiruddin Harun (Negeri Sembilan); Datuk Johari Abdul (Kedah); Datuk Christina Liew Chin Jin (Sabah); Zahir Hassan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Halim Bachik (Melaka).

“Senarai nama pengerusi MPN bagi negeri-negeri lain pula akan diumumkan kemudian”, katanya.

Berikut senarai Pengerusi MPN yang dilantik hari ini:

Johor: Hassan Abdul Karim

Terengganu: Azan Ismail

Perlis: Amran Kamarudin

Selangor: Amirudin Shaari

Kelantan: Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN