Petisyen Waytha Moorty lucut jawatan menteri, senator hampiri sasaran - Utusan Malaysia

Petisyen Waytha Moorty lucut jawatan menteri, senator hampiri sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Petisyen menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator yang dimulakan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) hampir mencapai sasaran 300,000 tandatangan.

Setakat pukul satu tengah hari ini, sebanyak 293,216 tandatangan telah berjaya dikumpul.

GPS memulakan petisyen tersebut sejak sebulan lalu berlandaskan lima sebab utama, yang pertama, mendapati Waytha Moorthy memburukkan imej Malaysia di platform antarabangsa dengan menyebarkan fitnah bahawa kononnya rakyat Malaysia beragama Hindu telah didiskriminasi.

Selain itu, keduanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga berkeras mahu meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) atas kapasitinya sebagai menteri walaupun mendapat tentangan dan bantahan yang kuat daripada kaum bumiputera.

Ketiga, beliau gagal untuk mengawal ketegangan antara kaum yang semakin memuncak akhir-akhir ini walaupun telah diberikan mandat untuk berbuat demikian sebagai menteri yang menjaga perpaduan kaum.

Keempat, beliau mempunyai latar belakang yang agak kontroversi seperti pernah menyertai perhimpunan haram Hindraf pada 2007, pasport antarabangsanya pernah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan beberapa lagi.

Kelima, Waytha Moorthy didapati gagal untuk menyelesaikan isu tanah kuil di Seafield dengan menyeluruh atas kapasitinya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio perpaduan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×