NEW DELHI (AFP) – Berpuluh-puluh ribu petani dan pekerja pertanian berarak ke Parlimen India semalam kerana menuntut pembatalan hutang dan kenaikan harga hasil tanaman, meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri, Narendra Modi menjelang pilihan raya umum 2019. Penganjur berkata, kira-kira 80,000 petani dan buruh ladang menyertai demonstrasi selama dua hari itu yang turut melibatkan penyerahan petisyen kepada Presiden India. “Kami mempunyai tiga tuntutan utama. Pembatalan hutang, harga maksimum untuk hasil pertanian…