SEREMBAN 20 Dis. – Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun, 60, meninggal dunia dipercayai akibat masalah paru-paru berair di Hospital Jempol pada pukul 8.12 pagi tadi. MUSTAFFA DAHARUN Perkara itu disahkan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Khairil Anuar Wafa ketika dihubungi pihak media. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Lalang, Jempol selepas solat Zohor. Allahyarham yang juga Pengerusi Akademi Darul Ulum meninggalkan seorang balu dan sembilan orang anak. …










