Peserta, marsyal acara larian cedera dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Peserta, marsyal acara larian cedera dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Seorang peserta acara larian berganti-ganti dan seorang marsyal dilaporkan cedera selepas motosikal ditunggangi mereka dilanggar oleh sebuah kereta ketika acara berlangsung di Bayan Lepas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, pelari perempuan berusia 16 tahun berkenaan dilaporkan patah kaki, manakala marshal lelaki berusia 51 tahun cedera pada kepala.

Difahamkan kedua-dua mereka menunggang motosikal bagi menuju ke satu lokasi bagi menggantikan salah seorang peserta lain daripada pasukan sama yang tidak dapat meneruskan acara.

Sementara itu, Exco Belia dan Sukan negeri, Soon Lip Chee dalam satu kenyataan sebentar tadi berkata, pihaknya mendapati acara berkenaan dianjurkan tanpa mendapat pengiktirafan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Belia dan Sukan negeri.

“Para penganjur diingatkan agar mendapat sokongan atau pengiktirafan daripada kerajaan negeri di bawah MMK Belia Dan Sukan supaya kita dapat memantau dan memberi nasihat dalam penganjuran sesuatu acara sukan.

“Pihak kerajaan negeri juga telah berhubung dengan wakil penganjur dan bersedia memberi bantuan kepada peserta yang cedera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN