Pesara wanita ditipu RM230,000 - Utusan Malaysia

Pesara wanita ditipu RM230,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Dis. – Seorang pesara awam wanita dari Segamat kerugian RM230,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Utusan Malaysia difahamkan, mangsa yang berusia 60 tahun menerima panggilan daripada sindiket itu pada 19 Disember lalu sebelum membayar jumlah yang diminta secara berperingkat-peringkat sehingga 27 Disember lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, polis menerima laporan berhubung penipuan tersebut semalam.

Menurutnya, mangsa diperdaya setelah menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pos Malaysia Bhd. memaklumkan wanita itu mempunyai hutang tertunggak dengan LHDN.

Pesara wanita itu juga, katanya, diberitahu bahawa surat Perintah Penangkapan dan Pembekuan Aset dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya dikeluarkan atas nama mangsa.

“Mangsa kemudian telah dihubungi oleh seorang yang mendakwa dirinya seorang anggota polis dari IPK Sabah yang mengatakan dia terlibat dengan sindiket penggubahan wang haram.

“Dia yang telah diperdaya memindahkan semua wang miliknya berjumlah lebih kurang RM230,000 secara berperingkat-peringkat ke akaun suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara, sebatan dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×