KUALA LUMPUR 9 Dis. – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mempersoalkan tindakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar yang campur tangan dalam isu Pulau Kukup di Pontian, Johor. Menerusi status terbaharu dalam akaun Twitter miliknya hari ini, putera sulung Sultan Johor itu turut menzahirkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Kabinet yang seolah-olah mengganggu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Pernah mendengar mengenai enakmen negeri? Mana ada surat atau menteri yang boleh masuk campur Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Tanah, agama dan air adalah kuasa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya