Penoreh terjejas peraih beli getah bawah RM3

Penoreh terjejas peraih beli getah bawah RM3

ZAMRI Mat  mengumpul getah beku untuk dijual dengan harga RM2.60 di Kampung Bukit Rang di Jerantut, Pahang. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Meskipun Paras Harga Pengaktifan (PHP) atau harga lantai getah ditetapkan RM3 sekilogram, terdapat  peraih dan orang tengah yang tidak mematuhinya sehingga menjejaskan pendapatan penoreh.

Timbalan Pengerusi Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) Pahang, Anuar Mustakim berkata, pekebun kecil dan penoreh getah di kampung serta kawasan luar bandar hanya menikmati harga belian getah antara RM2.60 hingga RM2.80 yang ditawarkan peraih.

Katanya, tindakan itu memberi tekanan kepada kira-kira 20,000 pekebun kecil dan penoreh getah di Pahang yang kebanyakannya berusia melebihi 50 tahun serta berstatus warga emas yang masih lagi bekerja demi menyara kehidupan.

“Pekebun getah khususnya kalangan penoreh merungut kepada kami banyak sangat kerenah orang tengah mengurangkan harga tanpa sebab sehingga mereka memperoleh hasil jualan kurang daripada RM3 sekilogram.

“Peraih atau orang tengah itu pula menjual kepada pusat pengumpulan atau perusahaan (kilang) dengan harga melebihi RM3 sekilogram sekali gus memperoleh pendapatan yang cukup lumayan.

“Risiko pendapatan yang tidak seberapa membebankan dalam kalangan pekebun dan penoreh getah yang berskala kecil apabila perlu mengagihkan pendapatan hasil jualan kepada dua bahagian, upah menoreh dan tuan kebun,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN