Perlantikan Suparadi titik tolok baharu PKR Kelantan - Utusan Malaysia

Perlantikan Suparadi titik tolok baharu PKR Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perlantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri  (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Kelantan, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md. Noor merupakan satu titik tolak perubahan kepimpinan parti di peringkat negeri tersebut.

Ketua Cabang PKR Machang, Mohd. Redzuan Alias berkata, perlantikan tersebut merupakan satu titik tolak perubahan kepimpinan parti di peringkat Negeri Kelantan bagi memastikan parti ini berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam keluarga besar Pakatan Harapan (PH) Kelantan.

“Bagi memastikan agenda pemerkasaan PKR Kelantan tercapai , tugas dan tanggungjawab yang digalas selaku Pengerusi MPN negeri semestinya bukan satu tugas yang mudah.

“Ianya selaras dengan matlamat parti memastikan ideologi reformasi terlaksana keseluruhannya dalam sistem pemerintahan negara,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, sebagai sebuah parti yang satu-satunya logo telah digunapakai oleh semua calon-calon mewakili PH pada Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU-14) baru-baru ini, besar harapan agar beliau (Suparadi) dapat mengangkat kembali martabat anggota PKR negeri pada tempat yang sepatutnya. 

“Di samping kepentingan anggota-anggota parti terjaga, saya juga amatlah berharap di bawah kepimpinan beliau PKR Kelantan kekal dihormati rakan-rakan PH dan disegani parti lawan.

“Saya yakin, dengan pengalaman dan kewibawaan beliau mampu membawa perubahan besar PKR Kelantan kearah yang lebih baik tanpa lari dari landasan dan inspirasi parti,”ujarnya.

Semalam, naib Ketua Cabang Ketereh, Mohd. Sukirman dalam sidang akhbarnya yang dihadiri lebih 50 wakil dari 13 Cabang PKR di negeri itu menyuarakan bantahan mereka atas perlantikanSupardi sebagai Pengerusi PKR Kelantan yang baharu.

Mohd. Sukirman dilaporkan berkata mereka membuat keputusan untuk membantah perlantikan Mohd Supardi sebagai pengerusi PKR negeri kerana mendapati beliau masih lagi dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×