Perkasa Kedah desak siasatan segera - Utusan Malaysia

Perkasa Kedah desak siasatan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah mendesak pihak kerajaan menjalankan siasatan rapi supaya individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dapat dihadapkan ke muka pengadilan. 

SYED OSMAN MANSOR
SYED OSMAN MANSOR 

Yang Dipertuanya, Syed Osman Mansor berkata, kebenaran kepada episod malang ini perlu dibuktikan segera kerana sebarang kelemahan atau kelembapan dalam usaha mencari penyelesaian akan dilihat sebagai satu kegagalan oleh pihak yang bertanggungjawab. 

“Kita turut mengulangi desakan Perkasa Pusat supaya pihak kerajaan menubuhkan segera prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mencari bukti kebenaran mutlak. 

“Perkasa Kedah Tetap berpegang kepada konsep ‘The Rule of Law’ bermaksud mereka yang terbukti bersalah mesti menerima hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Syed Osman berkata, kemalangan yang menimpa Allahyarham Muhammad Adib tidak boleh dipandang remeh dan pihaknya akan mengikuti perkembangan kes itu secara berterusan. 

“Seluruh negara turut bersedih dengan kematian arwah kerana rakyat mahu melihat keadilan buatnya. 

“Kita memahami kesedihan dan perasaan pilu yang turut dirasakan Pengerusi Perkasa Jerlun yang juga merupakan datuk saudara arwah,”jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×