KUALA LUMPUR 14 Dis. – Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin meninggal dunia di Hospital Serdang, dekat sini sebentar tadi. Sebelum ini, bekas Menteri Penerangan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya pada 13 November lalu selepas dilaporkan menghidap penyakit paru-paru berair. – UTUSAN ONLINE










