COLOMBO 14 Dis. — Perdana Menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya, sekaligus memaksa Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena untuk melantik pemimpin baharu bagi mengisi jawatan itu. “Dalam memastikan kestabilan negara, Mahinda Rajapaksa membuat keputusan untuk meletakkan jawatan Perdana Menteri esok selepas menyampaikan ucaptama kepada rakyat,” kata anak lelaki Mahinda, Namal Rajapaksa menerusi akaun Twitternya hari ini. Namal Rajapaksa merupakan Ahli Parlimen bagi parti pimpinan ayahnya. -REUTERS










