PASIR MAS 18 Dis. – Kewujudan gerai-gerai putu halba sepanjang jalan Pasir Mas-Tanah Merah berhampiran Kampung Kelar, di sini, menjadi tarikan baharu kepada pengguna laluan tersebut. Situasi itu umpama ‘perang’ antara peniaga apabila mereka dilihat cuba menarik perhatian pelanggan singgah di gerai masing-masing dengan menaikkan pelbagai papan tanda dan kain rentang. Tinjauan Utusan Online mendapati terdapat 13 gerai putu halba di sepanjang 2 kilometer jalan tersebut. Salah sebuah gerai di…










