Penyelidik Jepun terjatuh di Gunung Mulu selamat diterbangkan keluar - Utusan Malaysia

Penyelidik Jepun terjatuh di Gunung Mulu selamat diterbangkan keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 18 Dis. – Penyelidik warga Jepun yang tercedera selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Mulu dua hari lepas, berjaya diterbangkan keluar dari Kem 4 oleh Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pagi ini.


Pengarah JBPM Sarawak Khirudin Drahman berkata Akihiro Noda, 25 yang mengalami kecederaan pada punggung dan retak tulang rusuk, digegaskan ke Hospital Miri sebaik helikopter mendarat di Miri pada 8.40 pagi.


“Atas faktor keselamatan, kami terpaksa menggunakan win untuk membawa mangsa keluar dari Kem 4 seawal 7.40 pagi ketika keadaan cuaca agak baik dan kurang berawan,” katanya.


Menurutnya usaha mengeluarkan penyelidik berkenaan yang terjatuh ketika mendaki dua hari lalu, terpaksa ditangguhkan semalam kerana cuaca buruk. 


Semalam, pihak pentadbiran Taman Negara Mulu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Marudi bagi memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada 9 malam Sabtu. 


Kejadian berlaku ketika Akihiro, mahasiswa Universiti Kyoto, Jepun sedang mendaki gunung berkenaan bersama-sama seorang lagi penyelidik senegara dan tiga porter.- BERNAMA

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN