Penghuni kediaman mewah perlu bayar bil elektrik bawah RM20 - Utusan Malaysia

Penghuni kediaman mewah perlu bayar bil elektrik bawah RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Golongan isi rumah yang menetap di kediaman mewah dan memperoleh bil elektrik bulanan sebanyak RM20 ke bawah perlu membayarnya bermula bulan depan.

Perkara tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan yang mahu menyalurkan subsidi secara bersasar khusus untuk golongan miskin.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berharap golongan berkenaan sedar dan memahami keputusan yang telah diambil kerajaan.

“Ada juga kondominium mewah, rumah teres besar dan banglo mencatat bil elektrik kurang RM20 sebulan dan itu berlaku kerana mereka selalu tiada di rumah.

“Penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat Jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN