Pegawai dan anggota biomba memberi penghormatan terakhir kepada Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim ketika dibawa keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi tadi. Muhammad Adib, 24, cedera parah susulan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November lalu ketika bertugas dalam operasi memadam kebakaran di hadapan premis berkenaan.










