Penganggur ditahan jual air ketum - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan jual air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 3 Dis. – Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan merampas air serta daun ketum yang dianggarkan bernilai RM1,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Bandar Sunggala di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, serbuan pada pukul 11.20 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis daerah ini.

Katanya, polis telah merampas satu kotak polisterin putih mengandungi 15 bungkus air ketum seberat 7.5 liter dan sebuah plastik hitam berisi daun ketum seberat 9 kilogram.

“Cecair ketum tersebut dipercayai untuk edaran pasaran tempatan dan dijual dengan harga RM10 sebungkus. Ia dipercayai mampu menampung bekalan untuk 100 orang pelanggan.

“Suspek yang merupakan seorang penganggur dan baru berjinak-jinak dengan kegiatan itu dipercayai mendapat bekalan tersebut dari utara tanah air,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ujarnya, suspek kini ditahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan suspek boleh didenda sehingga RM10,000 dan penjara tidak melebihi empat tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN