DEWASA ini, kehidupan seharian menjadi lebih mudah dengan adanya teknologi. Suri rumah atau wanita bekerjaya misalnya dapat menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas dan mudah hasil bantuan teknologi yang semakin berkembang. Justeru, syarikat pengeluar barangan keperluan rumah, LG Electronics (LG) telah menggunakan teknologi Kepintaran Buatan (AI) dalam rangkaian produk barangan rumah keluarannya. Barangan Keperluan Pintar menggunakan teknologi AI dikenali sebagai SmartThinQ mula diperkenalkan pada tahun 2011. Menurut Pengarah Komunikasi Korporat…










