QUETTA, Pakistan 27 Dis. – Salah seorang pemimpin Tentera Pembebasan Balochistan (BLA), Aslam Baloch maut dalam letupan bunuh diri di Afghanistan kelmarin. Aslam dikehendaki berikutan serangan pada Konsulat China di Karachi pada November lalu. Menurut kumpulan pemberontak di barat daya Wilayah Balochistan itu, Aslam maut bersama empat lagi orang dalam letupan di selatan Kandahar. Katanya, mereka akan meneruskan pemberontakan sehingga kemerdekaan Baloch. Sementara itu, Ketua Polis Kandahar, Tadin Khan mengesahkan pengeboman bunuh diri yang telah mengorbankan dua orang awam. Menurut seorang pegawai Afghanistan yang enggan dikenali, serangan itu menyasarkan Aslam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya