Guardiola beri bayangan bersara?

Guardiola beri bayangan bersara?

PEP GUARDIOLA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengakui kehidupannya ‘hancur’ akibat tekanan dan komitmen luar biasa terhadap tugas selaku jurulatih kelab gergasi England itu, hingga menimbulkan persoalan sama ada musim ini bakal menjadi penampilan terakhirnya di Etihad.

Jurulatih dari Sepanyol itu kini memasuki musim ke-10 bersama City, dan sudah pun melanjutkan kontraknya sehingga 2027.

Namun, beliau memberi bayangan kemungkinan akan berehat selepas tamat musim ini, seperti yang pernah dilakukannya selepas meninggalkan Barcelona pada 2012.

“Kadang-kadang saya rasa seperti sudah berumur 75 tahun! Hidup saya memang tunggang-langgang sekarang. Badan saya sakit, dan saya pun tak pasti sama ada mampu teruskan lama,” katanya.

Guardiola juga mendedahkan tekanan sebagai pengendali pasukan bola sepak tahap elit amat dahsyat, malah telah memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mentalnya.

“Kalau buat ujian umur biologi mungkin saya nampak muda, tapi secara dalaman saya sudah teruk. Bila kalah, malam jadi panjang dan keesokan harinya jadi lebih menyakitkan. Kehidupan sebagai jurulatih bukan 9 pagi hingga 5 petang, tapi 24 jam sehari,” katanya.

Tambahnya, rakan-rakan rapat turut menyedari perubahan emosi dirinya daripada terlalu gembira, kemudian kemurungan, sehinggalah kebingungan.

“Seorang kawan kata saya hanya ada tiga emosi: euforia, kemurungan dan bingung. Memang betul pun. Jadi saya cuba kawal diri dan kekal tenang di tengah-tengah,” katanya.

Guardiola juga mengakui pernah hilang selera makan pada musim lalu di mana musim yang menyaksikan City gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas empat musim berturut-turut, selain tidak menjulang sebarang trofi utama. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN