Pemilik restoran kebal undang-undang? - Utusan Malaysia

Pemilik restoran kebal undang-undang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
MINGGU lalu, seorang pelanggan maut apabila sebuah kenderaan terbabas dan merempuh sebuah restoran di Taman Equine, dekat Seri Kembangan, Selangor.

Insiden berkenaan berlaku ketika pelanggan wanita sedang makan malam bersama keluarganya di hadapan premis berkenaan sebelum dilanggar. Hasil siasatan awal Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mendapati, pemilik restoran itu dikatakan telah meletakkan kerusi meja melebihi jumlah yang diluluskan.

Walaupun diberi kebenaran meletak kerusi meja di rua­ngan tempat letak kenderaan awam, namun ia melebihi jumlah yang diluluskan sehingga ada yang diletak berhampiran jalan raya.

Sebagai penduduk di kawa­san berhampiran, saya sudah lama melihat kawasan kedai makan di situ meletakkan kerusi dan meja ‘melimpah’. Lot-lot letak kenderaan sepenuhnya digunakan untuk diletakkan kerusi dan meja.

Timbul persoalan, mudahnya pemilik-pemilik restoran ini bebas melakukan kesalahan tanpa dikenakan apa-apa tindakan? Sedangkan lokasi restoran-restoran ini bukannya terpencil sehingga boleh menutupi pandangan pihak penguat kuasa. Atau adakah pihak pemilik restoran ‘kebal’ undang-undang?

Kebenaran meletak kerusi meja di ruangan letak kende­raan awam perlu dikaji semula kerana telah disalah guna oleh pihak premis restoran demi mengaut keuntungan berganda.

PENDUDUK PRIHATIN

Seri Kembangan, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN