Pemandu limusin LTAPP terjejas - Utusan Malaysia

Pemandu limusin LTAPP terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Kira-kira 30 pemandu limusin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadakan demonstrasi aman semalam bagi mendesak kerajaan menangani konflik mereka dengan syarikat dan pemandu e-hailing.

Ia berikutan pemandu terbabit mendakwa punca pendapatan mereka terjejas kerana terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing untuk mengambil penumpang di LTAPP.

Seorang pemandu limusin, Gopal Nair, 72, memberitahu, mereka hanya bergantung kepada penumpang dari lapangan terbang itu memandangkan syarat lesen tidak membenarkan golongan tersebut mengambil penumpang di lokasi-lokasi lain.

Berikutan itu, katanya, kira-kira 300 pemandu limusin di LTAPP kini berdepan kesempitan hidup berikutan terpaksa bersaing secara tidak adil dengan pemandu e-hailing.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN