Pelajar maut, rakan parah motosikal ditunggang bergesel dengan lori pasir - Utusan Malaysia

Pelajar maut, rakan parah motosikal ditunggang bergesel dengan lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOTA – Seorang pelajar Maahad Tahfiz maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah lori muatan pasir di Jalan Bota Kanan-Teluk Intan petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 3.40 petang itu, mangsa yang membonceng motosikal tersebut, Miqdad Muhammad, 17, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Muhammad Umair Md. Yusof, 17, mengalami kecederaan parah di bahagian dalaman badan. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan awal mendapati dua pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Masjid Lama Lambor Kanan itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dalam perjalanan dari Bota Kanan menuju ke rumah Miqdad di Lekir. 

“Motosikal ditunggang mereka dipercayai telah bergesel dengan lori di laluan bertentangan ketika tiba di satu selekoh. 

“Akibatnya, motosikal ditunggang kedua-dua pelajar tersebut terbalik dan mereka diseret kira-kira tiga meter sebelum lori tersebut terbalik melintang jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Mohamad Zainal, Miqdad maut di tempat kejadian selepas mengelami kecederaan parah di kepala manakala rakannya cedera parah di bahagian dalaman badan. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk proses bedah siasat manakala rakannya juga dirawat di hospital sama. 

“Pemandu lori berusia 54 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN